Monday, November 16, 2009

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup Kuala Kangsar Piala Adun Bukit Chandan 2009


Kejohanan ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 22 Nov 2009, Ahad bermula jam 7.30 pagi buat julung-julung kali diadakan di Padang SK Sayong & Padang Sk Bendang Kering, Kuala Kangsar..

Yuran penyertaan adalah percuma dan hadiah menarik menanti johan sebanyak wang tunai RM 700..sasaran pasukan menyertai adalah sebanyak 40 pasukan..


Sistem Kejohanan adalah KALAH SINGKIR.

Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan salinan kad pengenalan asal / dokumen diri yang diwakili (yang diiktiraf) setiap pemain kepada urusetia semasa menghantar borang penyertaan.

Pemain mestilah terdiri daripada pengundi atau penduduk tetap atau bekerja (bermastautin) di daerah Kuala Kangsar.

Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi pemain bagi pasukan masing-masing.

Urusan pengundian dan taklimat pengurus akan diadakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kejohanan bermula. Tarikh tutup penyertaan pada 20 November 2009, Jumaat jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Yuzy (012-589 0430) , En. Shamsul Azmi (016-443 4787) dan En. Maat (014-256 7872).

1 comment: